Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Muhasabah Diri | Hantaran Al-Quran



Perkongsian yang tiada kaitan dengan menjana wang IM, namun tinggi nilainya dalam menjana pendapatan kita di hari kemudian...:)

Saya mendapat perkongsian ini dari email orang yang sering menghiburkan hati saya dan amat penting dalam hidup saya(p/s" kredit untuk humairah_sh)..satu perkongsian yang amat baik untuk dikongsikan bersama-sama dengan sahabat-sahabat Jana Wang IM. Saya berharap selain dari kita mencari pendapatan sampingan kita juga tidak lupa dalam mencari pendapatan untuk hari akhirat nanti..semoga perkongsian ini membawa seribu kebaikan dan keinsafan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat Jana Wang IM sekalian..

Oklah..jom ikuti cerita ni........
 

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim... Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pastidilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiaphari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
 
read dis..
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang elaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us. 


what u thing about this story...may God bless us..Amin..

Best for u,





p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

Sunday, October 11, 2009

Jauhi “Sistem Piramid”



Selamat pagi sahabat-sahabat Jana Wang IM,

Awal pagi ini saya hendak berkongsikan dengan sahabat-sahabat Jana Wang IM tentang sistem piramid mengikut konteks agama Islam. Kita tahu bahawa sistem piramid itu harus namun saya di Jana Wang IM tetap ingin berkongsi maklumat kepada sahabat-sahabat semua agar kita dapat menjahui sistem ini.

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;

1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Diharapkan dengan sedikit maklumat yang diberi akan dapat memberi kesedaran kepada kita semua agar sama-sama menjahui sesuatu yang tidak baik...semoga kebaikan datang pada kita semua.

Best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button


Saturday, October 03, 2009

Salam Takziah kepada saudara adly aka labanon dan keluarga..


saya ada mendapat email dari saudara Adly aka Labanon seorang otai IM kita melalui autoresponder Team FlareBiz tentang pemergian ayahanda tercinta beliau pada 1 Oktober
tepat jam 12.50 pagi.

satu kehilangan yang kita sendiri turut merasakannya. apa pun saya nak mengucapkan sekali lagi takziah kepada saudara Adly aka Labanon dan keluarga atas kehilangan. dan memohon sahabat-sahabat jana wang IM turut sama mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham ayah saudara Adly.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Best for u,





janawangIM.blogspot.com Button

Wednesday, September 16, 2009

Kisah Pak Udin



Post kali ini mungkin tiada kaitan langsung dengan bisnes internet. Saya terbaca post ini dalam blog Sifu Blog IM dan saya kira ada baiknya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat janawangIM. Banyak pengajaran yang dapat kita belajar bersama dengan cerita ni terutamanya bagaimana nak berusaha untuk terus maju tanpa ada sikit pun rasa untuk mengalah dengan cabaran yang mendatang. Seperti yang dikatakan oleh Sifu Blog IM kita iaitu, "sebuah kereta yang tiada minyak, mana kan mungkin untuk bergerak beratus kilometer".

Melalui pemahaman saya melalui kenyataan diatas ialah, anda tidak akan mampu pergi jauh di dalam apa-apa bidang andai kata anda tiada “minyak”.

Minyak yang saya rujuk di sini ialah bermaksud, ilmu dan motivasi.

Post pada kali ini, lebih kepada cerita motivasi yang bagi manusia yang berakal, kita seharusnya dapat mengambil pengajaran dan cuba mengaitkan dengan peribadi.

Selamat membaca.

Penjual buku jalanan

(dipetik daripada Utusan )

GAYANYA seperti seorang pensyarah berjalan mundar-mandir sambil mengelek buku-buku tebal di kawasan sekitar Senin, Jakarta.

Kadangkala dia mempercepatkan langkahnya dan terus melulu ke dalam kedai-kedai buku. Sesekali dia menyapa orang yang lalu lalang.

Itulah Jalaludin Zainudin, 67, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Udin. Dia bukan ulat buku, dia bukan pensyarah dan bukan juga penuntut universiti, tetapi dia ialah penjual buku jalanan.

Sejak kira-kira 20 tahun lalu, itulah pekerjaan yang dilakukan bagi mencari rezeki halal untuk keluarganya.

Menurut Pak Udin, idea untuk menjadi penjual buku jalanan 20 tahun lalu apabila dia tidak mempunyai pekerjaan, sedangkan anak-anak kelaparan.

Lalu dia mengambil sebuah buku dari kedai buku dan cuba menjualnya kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

“Sekali buku itu laku, saya ambil sebuah lagi dan juga dengan segera dapat dijual,” katanya menceritakan bagaimana kerjaya penjual buku jalanannya bermula.
Selepas itu dia terus meningkatkan usaha dan lebih banyak buku dijual dan keuntungan diperolehi adalah dari komisen yang diberikan oleh kedai buku. Sehari dia mampu mengumpul pendapatan sehingga Rp500,000.

Menyekolahkan

Dengan duit menjual buku itu dapatlah dia menyekolahkan empat orang anaknya dan juga membeli rumah untuk dia sekeluarga berteduh.

Dengan berjimat cermat dia tidak menghadapi masalah untuk melangsaikan bayaran bulanan rumahnya.

Menurut Pak Udin, apabila perkhidmatannya menjadi popular lebih ramai pelanggan yang datang sehingga dia tidak cukup tangan melayan mereka.

Kini jumlah penjual buku jalanan semakin ramai, apatah lagi ramai yang menganggur kerana dibuang kerja dek kegawatan ekonomi juga memilih kerjaya itu. Pesaingan sangat kuat dan bagi Pak Udin dia kini tidak lagi mampu bekerja keras seperti dahulu kerana faktor usia yang agak lanjut.

Selain itu kegawatan ekonomi juga menyebabkan orang ramai kurang membeli buku dan pendapatannya kini semakin merosot.

“Sekarang kalau dapar Rp50,000 sehari pun sudah dikira cukup bertuah,” katanya. Kini Pak Udin juga lebih banyak menjual buku-buku agama Islam kerana bersesuaian usianya.

Bagaimanapun seperti 20 tahun lalu, Pak Udin akan berada di kawasan Senin seawal pukul 7 pagi dan pulang ke rumahnya menaiki keretapi kira-kira pukul 7 malam. Menurut Pak Udin, perkhidmatan yang ditawarkannya memudahkan orang ramai yang mencari buku terutama buku sekolah.

Pak Udin berkata, bayaran yang dikenakan sangat minimum berdasarkan sukarnya sesebuah buku dicari. Kini penjual buku jalanan seusianya semakin kurang dan yang membanjiri kawasan itu terdiri daripada penjual buku jalanan yang berusia muda.

Walaupun usianya telah meningkat dan pendapatan semakin merosot Pak Udin tetap menyimpan hasrat suatu hari nanti setelah melangsaikan hutang rumahnya dia mahu membuka kedai bukunya sendiri.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Kali pertama saya baca kisah ini, saya terfikirkan, 2 pengajaran yang saya boleh ambil.

Kreativiti dan kecekalan.

Kreativiti

Pak Udin kreatif. Jika anda pernah ke Indonesia, anda akan merasakan bahawa andalah manusia paling bertuah di muka bumi.

Hidup mereka memang sangat-sangat sukar. Tapi dengan kesukaran begitulah, lahir manusia-manusia yang hebat seperti Hamka, Soekarno dan Barrack Obama (erk, dia lahir kat Indonesia kan ??)

Kecekalan

Sikap yang sudah semakin pupus dalam generasi masyarakat Malaysia hari ini. Asal diuji sikit, sudah goyang.

Bayangkan, apa akan jadi pada anak-anak Pak Udin andai dia awal-awal lagi sudah mengadu penat, tak berbaloi. Jika tidak silap saya, 500 ribu rupiah ialah kurang daripada RM25. Penat ke sana, ke sini. Dapat RM25 sehari je.


PS : apa pula pengajaran yang anda dapat ???
XXXXXXXX

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

Wednesday, September 09, 2009

Agenda Harian Ramadhan Menuju Keberkatan di Bulan Ramadhan


Baru-baru ini saya ada membaca sebuah buku lama yang bertajuk “Ramadhan Bulan Barakah”. Sebenarnya buku ini telah lama ada di rak simpanan buku-buku di rumah saya dan penulis buku ini sudah tidak dapat dikenalpasti kerana bahagian kredit buku tersebut telah terkoyak. Kalau tidak silap saya buku ini telah ada dalam koleksi peribadi keluarga saya sejak umur saya 6 tahun lagi. Saya masih ingat, ayah saya membawa buku tersebut dari indonesia ketika kami sekeluarga datang melawat atuk dan opah di Enrekan, Sulawesi Indonesia.

Semasa saya membaca buku ini, saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat janawanIM.blogspot sempena bulan Ramadan ini. Satu hari di bulan Ramadhan merupakan kesempatan yang sangat berharga bagi diri saya sendiri, sahabat-sahabat janawangIM yang beragama Islam dan seluruh umat Islam untuk mendekatkan kepada Allah swt.

Oleh karena itu, kesempatan berharga yang saya maksudkan di sini adalah agenda yang merupakan rangkaian kegiatan yang runut selama dua puluh(20) jam, di mulai dari waktu Subuh hingga waktu Sahur hari berikutnya.

1. Agenda Setelah Terbit Fajar

Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”.(Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ
أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”

Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

 وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh”(Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.(Tirmidzi dan ibnu Majah)

Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ
“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak”(Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits Nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”.(Muslim)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat).(Al-Isra : 78)

Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

2. Agenda setelah keluar dari masjid atau mushalla

Tidur dengan berharap ganjaran di dalamnya. Dalam atsar disebutkan, Muadz bin Jabal berkata:

إِنِّي لأَحْتَسِبُ فِي نَوْمَتِي كَمَا أَحْتَسِبُ فِي قَوْمَتِي

“Sungguh saya selalu berharap ganjaran dari Allah pada saat tidur sebagaimana saya selalu berharap ganjaran ketika berada di tengah kaumku”.

Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”.(Bukhari dan Muslim) Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”.(Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”(Muslim)

Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang”(Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah”(Thabrani dan Ibnu Hibban)

3. Agenda saat shalat Zhuhur

Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”.(Muslim)

4. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”

Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

5. Agenda sebelum beduk Maghrib

Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran
Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media
menyediakan bantuan atau ifthar di masjid-masjid dan di tempat lainnya
Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ
“Doa adalah ibadah”

6. Agenda setelah terbenam matahari

Menjawab azan untuk shalat Maghrib

Melakukan ifthar dengan rutab (kurma basah/muda), kurma secara ganjil atau seteguk air putih dengan berharap ganjaran dan mengikuti sunnah diiringi dengan doa

Dalam hadits disebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Rasulullah saw jika berbuka selalu membaca: “Telah hilang rasa haus, dan basah tenggorokan dan ditetapkan ganjaran insya Allah”.

Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)
Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat
Berkumpul dengan keluarga dalam menyantap makanan berbuka diiringi dengan syukur atas sempurnanya puasa satu hari penuh
Membaca dzikir sore
Mempersiapkan diri untuk shalat Isya dan sunnah tarawih dengan berwudhu dan wangi-wangian (khususnya bagi laki-laki) lalu melangkahkan kaki menuju masjid

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

7. Agenda pada waktu shalat Isya

Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid
Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat
Menunaikan shalat tarawih secara berjamaah secara sempurna di dalam masjid

Rasulullah saw bersabda:

إِنَّهُ مَنْ صَلَّى مَعَ الإِِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya bagi siapa yang shalat bersama imam hingga selesai maka ditulis baginya seperti melakukan shalat qiyam lail”.(Ahlu sunan)

d. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim
e. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid
f. Dakwah melalui media atau lainnya g. Melakukan mudzakarah
h. Menghafal Al-Quran

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:
Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

8. Agenda pada sepertiga malam akhir

Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya, dan melakukan shalat secara berjamaah pada 10 malam terakhir <

Menunaikan shalat witir jika belum menunaikannya secara berjamaah
Makan sahur dengan niat beribadah karena Allah dan menunaikan sunnah

Rasulullah saw bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah kalian, karena dalam sahur itu ada berkah nya”. (Muttafaqun alaih)

Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”.(HR. Bukhari Muslim)

Ingatlah selalu:

Mengiringi niat yang baik saat melakukan pekerjaan di sepanjang hari pada bulan Ramadhan
“Barangsiapa puasa dengan iman dan berharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya”,

“Barangsiapa melakukan qiyam dengan iman dan berharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya”,

“Barangsiapa yang melaukan i’tikaf dengan iman dan berharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya”,

“Barangsiapa yang mendapatkan lailatul qadar dengan iman dan berharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya”

Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah Ramadhan insya Allah. Allahu a’lam.

Saya di janawangIM berharap melalui perkongsian ini dapatlah kita bersama-sama untuk menilai sejauh mana keberkesanan puasa yang telah kita lalui. Semoga dengan perkongsian ini, saya berharap dapatlah menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu untuk kebaikan kita semua di bulam yang mulia ini. Amin…

P.S: semoga kita beroleh keberkatan sepanjang bulan ramadhan ini dan bulan-bulan seterusnya. :)

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

Thursday, September 03, 2009

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir



Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu aku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan aku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal aku dendang...bakal aku syairkan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku akan aku sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat ku
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti

Namun wahai diri ku...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak ke syurgaMu ... namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu ... aku lah hamba yang mengharap belas dariMu "ya Allah jadikanlah aku hamba Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa-dosa kedua ibubapa ku .dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat diri ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

Seruan Ramadhan: Biarkan al Quran Menyentuh Jiwa Mu


Sejarah menyaksikan bagaimana generasi sahabat yang mendapat sentuhan keimanan dari Rasulullah SAW benar-benar tersentuh dengan al Quran. Kata Hassan Al Banna bagi mereka al Quran umpama arus elektrik, semakin sensitif jiwa mereka semakin terasa sentuhan al Quran.

“Hati mereka benar-benar tersentuh sehingga tidak ada sesuatu yang membatasi antara keduanya. Hati mereka berhubungan dengan arus tersebut, menyerapnya, kemudian memancarkan cahayanya, bergerak dengan gerakannya, terpengaruh oleh daya pengaruhnya. Semua ini dihidupkan dan dimunculkan oleh arus tersebut, digerakkan oleh tenaga iman sehingga melahirkan amal dan kesungguhan” (As Syahid Hassan Al Banna)

Ada sahabat yang menggeletar dan ada yang jatuh pengsan bahkan ada yang rebah dan terus meninggal dunia apabila mendengar ayat-ayat al Quran.

Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah pernah pada suatu malam keluar mengintai keadaan umatnya. Ketika sampai disebuah rumah dia lalu terdengar bacaan al Quran surah at Thur. Ketika sampai ayat yang ke 7 dan 8: “Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya”, ketika itu dia berkata, ini memang janji yang benar lalu dia terus rebah dan pengsan. Saidina Aslam yang bersamanya lalu menggendongnya pulang. Saidina Umar RA selepas itu sakit selama sebulan.

Pernah diriwayatkan bagaimana Abu Aufa membaca firman Allah SWT “Maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit; bagi orang-orang kafir tidak mudah.” (al Mudatsir:9-10), ia jatuh dari mihrabnya dan terus meninggal dunia.

Begitulah peranan dan sentuhan al quran pada umat pertama hingga mengolah sejarah yang penuh dengan keajaiban. Sejarah yang diwarnai dengan warna-warna keimanan sedangkan segala janji dan ancaman Allah adalah wangiannya. Dengan celupan Robbani inilah terbinanya jiwa-jiwa mereka. Iman menjadi permasalahan awal, utama, besar dan agung. Tidak ada persoalan lain yang boleh mengatasi persoalan Iman. Iman menjadi neraca bagi segala sikap dan laku mereka, Iman menjadi dasar prinsip dan pertimbangan mereka.

Lihatlah ketika tentera Islam dibawah pimpinan Saad ibn Waqash mengambil masa yang terlalu lama untuk menawan satu bandar. Ketika berita ini sampai pada Khlaifah Umar RA yang dihantarnya bukanlah satu batalion tentera tambahan tetapi hanya seorang utusan bersama sekeping warkah darinya. Antara kandungan warkah tersebut “Hendaklah kalian bermuhasabah diri, kemenangan kita adalah kerana maksiat musuh pada Allah SWT. Tetapi sekiranya kitapun melakukan maksiat tentu kita akan kalah dalam peperangan ini; tentera mereka lebih ramai dan senjata mereka jauh lebih baik dari kita”. Akhirnya seluruh tentera Islam bermuhasabah diri serta membetulkan segala kealpaan dan kesalahan serta meminta keampunan Allah SWT diatas segalanya. Akhirnya Allah memberikan mereka kemenangan yang mudah.

Hasil dari sentuhan al Quran, mereka menjadikan Iman sebagai neraca, panduan dan sistem hidup mereka. Mereka bahkan terlalu izzah dengan keimanan dan Islam hingga tidak mampu untuk membandingkan Islam dan sistem hidup yang lain. Islam dilihat sebagai karya dari pelukis agung sedangkan sistem-sistem lain umpama contengan kanak-kanak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan. Mereka merasa malu dan terhina jika di dalam jiwa mereka masih merasa ada pilihan antara Islam dan sistem hidup yang lain
Al Quran benar-benar dekat dan memberi kesan pada jiwa mereka tetapi hari ini al Quran terasa begitu jauh dari jiwa kita apatah lagi untuk memberi kesan pada jiwa kita. Kenapa? Inilah satu persoalan yang perlu kita hayati dan cari penyelesaiannya.

Syed Qutb dalam bukunya ‘Seni penggambaran Dalam al Quran’ menyebutkan bahawa sekiranya kita benar-benar memahami bahasa al Quran ketika membacanya kita akan terasa seolah-olahnya al Quran ini sebuah filem dengan gambaran dan watak-watak yang hidup.

Sekiranya kita berusaha untuk ‘memahami bahasa iman’ kita melihat satu babak demi satu babak yang menggambarkan suasana dan watak watak yang hidup. Kita akan melihat pergerakan yang menyentuh jiwa serta suasana yang mendebarkan dan menggemparkan jiwa. Ketika kita sedang asyik menghayati ayat-ayat hukum tiba-tiba kita dikejutkan dengan pertanyaan tentang Hari Qiamat.

Al Quran mengemukakan peristiwa yang dapat dirasakan dengan indera, dapat disaksikan dengan mata kepala. Kemudiannya gambaran yang dilukiskannya itu ditingkatkannya dengan memberi kehidupan yang menjelma atau gerakan yang berulangkali terjadi. Pengertian yang diperolehi dalam fikiran lalu menjelma menjadi suatu keadaan atau gerakan. Sedang suasana kejiwaan menjelma, jiwa mula menjadi layar putih atau panggung pertunjukan. Tiba-tiba contoh kemannusiaan mula muncul dan hidup. Lalu peristiwa-peristiwa, pengalaman, cerita dan panorama dihidangkan dalam benruk watak yang hidup (personafikasi) yang terasa begitu dekat dan hidup serta bergerak. Sehingga akhirnya muncul dialog-dialog yang melengkapkan semua unsur-unsur gambaran atau tayangan. (Syed Qutb)

Ketika manusia yang ingin terus ingin melakukan maksiat itu bertanya “bilakah Hari Qiamat” Allah tidak memberikan jawapan dengan menayatakan tarikh atau tempoh masa sedangkan Allah berkuasa melakukannya tetapi Al Quran menjawab dengan satu jawapan yang mendebarkan jiwa dengan segala gambaran yang hidup dan melahirkan suasana kejiwaan yang menakutkan.

“”Maka apabila mata terbelalak, dan bulan pun hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata “Kemana tempat nak lari”. Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikan. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya....” (Al Qiamah: 7-15)

Tidakkah kita merasai sentuhan Al Quran. Inilah jawapan yang mendebarkan jiwa; Ketika manusia terbelalak, terkejut dan takut melihat dahsyatnya hari Qiamat. Tidakkah kita terbayangkan wajah-wajah yang ketakutan, setelah hidupnya melupakan hari kematian, dosa-dosa dipandang ringan kini mereka melihat alam yang dihancurkan. Gunung ganangnya seperti debu-debu yang berterbangan. Bulan mul terpadam cahayanya dan matahari dan bulan bertembung dan hancur. Tidakkan kita melihat wajah-wajah yang ketakutan itu mencari tempat perlindungan, bukan perlindungan dari gempitanya hari Qiamat tetapi lari dari dosa dan maksiat yang menjadi dara h daging mereka selama ini. Tidak kita merasa sayu dan pilu apabila Allah mengatakan “Tidak! Tidak ada tempat berlindung” tiada lagi tempat untuk kita lari dari azab Allah SWT, bahkan akan dikhabarkan seluruh kejahatan kita hinggakan tidak satupun yang kekal sebagai rahsia, segalanya akan dibongkarkan bahkan seluruh anggota kita akan menjadi saksi.

Begitulah hidupnya gambaran yang diberikan al Quran agar jiwa kita tersentuh. Akhir sekali dibulan Ramadhan ini, marilah kita menghayati satu lagi firman Allah SWT yang merupakan hadith Qudsi. Hayatilah dengan jiwa kita sambil kita menghitung nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung dan dosa dan keengkaran kita yang tidak terbilang. Semoga jiwa kita menjadi lunak dan bersedia untuk mendapat sentuhan Al Quran.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh
Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.


Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri."


Best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.